LPKP Cawangan Miri sertai Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan Bersepadu MOTAC Siri 2
MIRI, 25 Oktober 2025 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Cawangan Miri bersama-sama Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Miri dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri telah menyertai Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan Bersepadu Siri 2 Tahun 2025 anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak bertempat di hadapan pejabat Sarawak Water Sdn. Bhd.
Operasi Bersepadu tersebut adalah bertujuan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas pengoperasian bas persiaran, bas ekspres serta kenderaan barangan di sekitar Bandaraya Miri dan Bintulu.
Menurut Ketua LPKP Cawangan Miri, Puan Elizebeth Mayang Thomas, sebanyak 15 buah kenderaan barangan dan 6 buah kenderaan perkhidmatan awam telah diperiksa sepanjang operasi tersebut berlangsung. Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak mempamerkan lesen LPKP Sarawak bagi lori serta tidak mengemukakan lesen kelulusan Luas Perubahan Sementara (LPS) bagi bas ekspres.
Hadir sama dalam operasi tersebut ialah Pengarah MOTAC Sarawak, Puan Debbie anak Jenggut Nyelang; Pegawai Trafik IPD Miri, Inspektor Mohammad Amiruddin bin Hamdan; Ketua Daerah AADK Miri, Puan Rosmah binti Nasir serta Penolong Pegawai Tadbir LPKP Cawangan Miri, Encik Amirul bin Jelihi.












