Lawatan Kerja Pengerusi LPKP Sarawak Ke LPKP Cawangan Miri
Published On: April 22, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
Lawatan Kerja Pengerusi LPKP Sarawak Ke LPKP Cawangan Miri
MIRI, 17 April – Pengerusi LPKP Sarawak, Tuan Michael Kong Feng Nian telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat LPKP Cawangan Miri di sini, petang tadi.
Beliau telah diberikan taklimat pengurusan LPKP Cawangan Miri yang disampaikan oleh Ketua Cawangan LPKP Miri, Puan Elizebeth Mayang Thomas.
Terdahulu, Tuan Michael turut menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran warga LPKP Sarawak Cawangan Miri.
Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline Charlie serta ahli-ahli rombongan Pengerusi.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!