Kursus Pengukuhan Integriti dan Antirasuah LPKP Sarawak
Published On: Julai 31, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 29 Julai – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama warga LPKP Sarawak telah menghadiri Kursus Pengukuhan Integriti dan Antirasuah bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Pada masa yang sama, Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama warga LPKP Sarawak turut mengadakan sesi lafaz ikrar Bebas Rasuah dan seterusnya menandatangani ikrar tersebut yang telah disaksikan oleh Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Puan Maini William.
Sebanyak 3 sesi taklimat telah disampaikan oleh pegawai SPRM Sarawak iaitu Pengenalan Kepada SPRM oleh Penolong Kanan Penguasa, Tuan Abdul Kadir Mohammad; Kesalahan Utama dalam Akta SPRM 2009 oleh Penguasa Kanan, Puan Maini William; dan Bila Hadiah Menjadi Rasuah dan Punca, Simptom & Kesan Rasuah oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa, Tuan Velontino Bujang.
Seramai 54 orang pegawai LPKP Sarawak daripada Ibu Pejabat Kuching, Cawangan Sibu serta Miri telah menyertai kursus tersebut yang turut diadakan secara atas talian.
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar serta Ketua-Ketua Cawangan dan Unit.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!