Kunjungan Hormat Grab Sarawak dan Sesi Perjumpaan Bersama Pegawai JPJ Sarawak
Kunjungan Hormat Grab Sarawak dan Sesi Perjumpaan Bersama Pegawai JPJ Sarawak
KUCHING, 11 Mac – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menerima kunjungan hormat daripada Grab Sarawak serta mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, hari ini.
Rombongan daripada Grab Sarawak telah diketuai oleh Pengurus Operasi Wilayah Borneo, Cik Joyce Lee; Pengurus Strategik Kerjasama, Cik Natalie Kayau; Pembantu Pengurus Hal Ehwal Awam, Cik Tengku Ahdiyana dan Eksekutif Operasi Bandar, Cik Leona Sim. Sesi ini turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan industri e-hailing di Sarawak.
Pada sebelah petang pula, LPKP Sarawak mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai JPJ Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Puan Noraini Mohd Nawi dan turut dihadiri oleh Ketua Seksyen Operasi, Tuan Saifullah Haji Ali; Pegawai JPJ Miri, Tuan Jelapin Entalai serta Pegawai Bahagian Pendakwaan JPJ Sarawak, Tuan Wan Sudirman Wan Alkap. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan dengan Akta LPKP serta isu-isu yang berkaitan dengan pelesenan.
Kedua-dua sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim serta Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline Charlie.