Latar Belakang

map lpkp sarawak

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan dibawah Seksyen 3,  AKTA LPKP 1987  [Akta 334] dan bertanggungjawab untuk melaksanakan Akta LPKP 1987  [Akta 334] dan Kaedah-kaedah yang telah diperuntukan di bawahnya.

Pada tahun 2018, Lembaga  Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menguatkuasakan Akta LPKP 1987  [Akta 334]

Ibu Pejabat LPKP Sarawak terletak di Kuching dan mempunyai dua (2) buah pejabat cawangan iaitu di Sibu dan Miri.

Sejarah

Objektif

Teras Strategik

TERAS 1

Memantapkan pelesenan kenderaan perdagangan melalui penggubalan dan pengemaskinian perundangan.

TERAS 2

Memantapkan pengurusan pelesenan dengan efisien dan berintegriti

TERAS 3

Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan perundangan yang berkaitan dengan kenderaan perdagangan bagi meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.

TERAS 4

Memantapkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Bidang Kuasa dan Fungsi