ENCIK MICHAEL KONG FENG NIAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI LPKP SARAWAK YANG BAHARU
Published On: Februari 16, 2024Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 16 Februari – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak yang baharu, YBrs. Encik Michael Kong Feng Nian telah mengadakan sesi perjumpaan sulung beliau bersama Pengarah dan pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Tingkat 12, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, pagi tadi.
YBrs. Encik Michael Kong yang merupakan seorang pengamal Undang-Undang di salah sebuah syarikat guaman di Kuching telah dilantik sebagai Pengerusi LPKP Sarawak selama tiga tahun berkuatkuasa mulai 10 Januari 2024.
Dalam sesi perjumpaan tersebut, beliau telah diberi sesi taklimat mengenai dasar dan hala tuju LPKP Sarawak yang disampaikan oleh Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui.
Hadir sama dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali; Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Pelesenan), Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perancangan Strategik), Encik Abang Zulkarnain Abang Haji Ibrahim; Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline Charlie serta pegawai-pegawai LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!