Bengkel Pengemaskinian Dasar-Dasar Pelesenan LPKP Sarawak Tahun 2024
Published On: Mac 14, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman

LPKP Sarawak anjur Bengkel Pengemaskinian Dasar-Dasar Pelesenan LPKP Sarawak Tahun 2024

KUCHING, 8 Mac – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama pengurusan telah menghadiri sesi Bengkel Pengemaskinian Dasar-Dasar Pelesenan LPKP Sarawak Tahun 2024 yang berlangsung selama 2 hari bermula semalam.

Bengkel tersebut diadakan bagi menyemak semula serta memperhalusi Dasar-Dasar sedia ada untuk tujuan penambahbaikan Dasar-Dasar Pelesenan LPKP Sarawak.

Turut hadir sama semasa bengkel tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim; Ketua-Ketua Cawangan serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!