Bengkel Persediaan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi LPKP Sarawak
Published On: Julai 5, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 27 Jun – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menyampaikan taklimat Persediaan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan input dalam penggubalan Pelan Strategik Organisasi (PSO) LPKP Sarawak yang lebih holistik dan selari dengan halatuju Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak telah menyertai bengkel Persediaan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi.
Hadir sama ke sesi tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar dan Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Abang Hj. Ibrahim.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!