Bengkel Kajian Semula Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB) Tahun 2023 – 2025
KUCHING, 27 Jun – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian telah merasmikan Bengkel Kajian Semula Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB) Tahun 2023 – 2025 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), petang tadi.
Bengkel anjuran LPKP Sarawak ini bertujuan untuk menjalankan semakan semula status perkhidmatan bas berhenti-henti serta siling bajet di laluan yang diluluskan bersama pihak pengusaha syarikat bas bagi memastikan keberkesanan program DBSPB bagi tahun 2023 – 2025. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim.
Seramai 19 orang pengusaha dan wakil syarikat bas berhenti-henti Sarawak telah menghadiri bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok.
Hadir sama ke majlis perasmian bengkel tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Encik Muhd Nur Salam Mustapha; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; serta Pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.