6.10.2026 : MEMPERKUKUH KERJASAMA, MEMAHAMI DINAMIK INDUSTRI BAS EKSPRES DI SARAWAK
KUCHING, 6 Oktober 2026 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak meneruskan komitmen memperkukuh kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi Sesi Libat Urus yang memberi tumpuan kepada Kajian Fi Tambahan untuk Tempahan Tiket Bas Ekspres di Sarawak.
Sesi ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali, manakala delegasi MyCC diketuai oleh Ketua Bahagian Ekonomi Persaingan, Cik Farha Nabiha Mustaffa.
Sebagai makluman, MyCC merupakan salah sebuah badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Perbincangan tersebut menjadi platform pertukaran pandangan dan perkongsian maklumat bagi memahami amalan serta mekanisme fi tambahan dalam tempahan tiket bas ekspres di Sarawak, seterusnya menyokong perkhidmatan bas ekspres yang lebih telus, berdaya saing dan memberi manfaat kepada pengguna.
LPKP Sarawak — Terus Komited, Bergerak Seiring, Melangkah ke Hadapan.










