17-18 September 2026 : TIGA AGENSI, SATU KOMITMEN — PERKASA PENGUATKUASAAN DI MIRI
Operasi Bersepadu Miri Siri 3 Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 17 hingga 18 September 2026 dengan penglibatan MOTAC Sarawak, JPJ Cawangan Miri dan LPKP Cawangan Miri.
Operasi meliputi sekitar Bandaraya Miri, ICQS Sungai Tujoh, Lapangan Terbang Miri dan Miri Sentral, dengan fokus pemeriksaan terhadap bas ekspres dan bas persiaran bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen serta peraturan yang ditetapkan.
Hasil penguatkuasaan menyaksikan:
Operasi bersepadu ini memperlihatkan kesungguhan agensi terlibat dalam memperkukuh penguatkuasaan serta memastikan pemain industri sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang dan syarat lesen yang berkuat kuasa.
Penguatkuasaan berterusan, pematuhan diperkasa, keselamatan diutamakan.








