11.09.2026 : Dari Kaunter ke Komuniti: LPKP Dekati Pelesen Bintulu
Published On: September 15, 2026Categories: Aktiviti, Galeri, Makluman
BINTULU, 11 September 2026 — Usaha mendekati komuniti pelesen kenderaan perdagangan diteruskan menerusi Program Outreach LPKP Cawangan Miri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Bintulu.
Program yang diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir, Puan Penny anak Ebau, bersama dua anggota LPKP Cawangan Miri itu menyaksikan penyertaan 31 orang pelesen sekitar Bintulu.
Beliau turut menyampaikan sesi taklimat berkaitan pelesenan kenderaan perdagangan berdasarkan Pekeliling LPKP Sarawak yang terkini, termasuk permohonan baharu, pengeluaran lesen, pembaharuan lesen/permohonan semula, Ubah syarat lesen/ Ubah Syarat Surat Tawaran (USL/USST), pembatalan lesen serta sesi penyerahan Surat Tawaran Kelulusan/ Surat Kelulusan (STK/SK) kepada pelesen di Bintulu.
Program Outreach LPKP Cawangan Miri ini memberi ruang kepada para pelesen untuk mendapatkan penjelasan secara langsung serta mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan urusan pelesenan kenderaan perdagangan dan juga sistem iSPKP.
Inisiatif sebegini mencerminkan komitmen berterusan LPKP Sarawak untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang responsif, telus dan berorientasikan pelanggan.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!