7-11.099.2026 : DARI PERANTI HINGGA KE SISTEM: LPKP SARAWAK PERKUKUH KESELAMATAN DIGITAL
Published On: September 15, 2026Categories: Aktiviti, Galeri, Makluman
LPKP Sarawak terus memperkukuh pengurusan ICT dan kesedaran keselamatan siber melalui program Lawatan Naziran ICT dan Taklimat Kesedaran ICT Tahun 2026 di LPKP Cawangan Sibu dan Miri pada 7 hingga 10 September 2026.
Antara fokus utama:
🖥️ Verifikasi aset & pemeriksaan peranti ICT
🔐 Keselamatan siber & End-Point Inspection
🛜 Pemeriksaan infrastruktur & bilik pelayan
💡 Khidmat nasihat teknikal serta Klinik Sistem iSPKP
📍 Sibu: 7 – 8 September 2026
📍 Miri: 9 – 10 September 2026
Naziran dan taklimat telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Teknologi Maklumat LPKP Sarawak, Puan Zuraidah binti Bohri dan Encik Mohamad Hafiez bin Abdillah.
💻ICT lebih selamat, sistem lebih cekap, perkhidmatan lebih mantap!
LPKP Sarawak terus komited. Bergerak seiring, melangkah ke hadapan.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!