29 JULAI 2026 : Operasi Bersepadu Perkukuh Pematuhan Syarat Pelesenan di Sibu
SIBU, 29 Julai 2026 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Cawangan Sibu telah menyertai Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Rabu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu selaku agensi peneraju serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sibu.
Pasukan LPKP Sarawak Cawangan Sibu telah diketuai oleh Encik Mohamad Yusof Badri, bersama Encik Halim Omar dan Encik Zuraimi Ibrahim bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pematuhan syarat lesen serta peraturan yang berkuat kuasa ke atas kenderaan perdagangan.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 49 buah kenderaan barangan dan lima (5) buah kenderaan perkhidmatan awam telah diperiksa. Manakala itu, sebanyak empat (4) buah kenderaan perdagangan telah dikenakan tindakan kerana melakukan pelanggaran syarat lesen yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.
Operasi seumpama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LPKP Sarawak dalam memperkukuh penguatkuasaan melalui kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan. Pendekatan bersepadu ini bukan sahaja meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pemegang lesen dan pemandu kenderaan perdagangan, malah turut menyumbang kepada persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan teratur.
LPKP Sarawak akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan semua pemegang lesen mematuhi undang-undang dan syarat pelesenan yang berkuat kuasa.
“LPKP Sarawak Komited Memperkasa Pengangkutan Awam dan Perdagangan yang Selamat, Berintegriti dan Berkualiti.”






