6 PENGUSAHA BAS METERAI PERJANJIAN ISBSF 2026–2030, KERAJAAN TERUS PASTIKAN PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI KEKAL BEROPERASI
INTULU, 7 Julai – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah mengadakan Sesi Menandatangani Perjanjian Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) bagi Tahun 2026 hingga 2030 di salah sebuah hotel di sini, petang tadi.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi LPKP Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian, dan turut dihadiri oleh Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui, bersama wakil-wakil pengusaha bas berhenti-henti di Sarawak.
Pelanjutan Perjanjian ISBSF bagi tempoh lima (5) tahun, bermula dari tahun 2026 hingga 2030, merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan bas berhenti-henti demi kepentingan rakyat, khususnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Melalui inisiatif ini, Kerajaan komited untuk memastikan:
Selain itu, Kerajaan turut memperkukuhkan mekanisme pengiraan pembayaran dana ISBSF, sekali gus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan skim tersebut.
Pada sesi berkenaan, enam (6) syarikat pengusaha bas berhenti-henti di Sarawak telah menandatangani Perjanjian ISBSF bagi tempoh 2026 hingga 2030 di hadapan Pengerusi LPKP Sarawak sebagai tanda komitmen bersama dalam memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti terus beroperasi secara mampan.
LPKP Sarawak akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam memastikan sistem pengangkutan awam yang cekap, selamat dan lestari dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sarawak, selaras dengan aspirasi meningkatkan tahap ketersambungan serta kesejahteraan komuniti.








