26 Mei 2026 : Ke Arah Pendigitalan Menyeluruh: LPKP Sarawak Perkukuh Klasifikasi Fail
KUCHING, 26 Mei 2026 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Sistem Pengurusan Rekod Digital (DDMS 2.0).
Bengkel yang berlangsung dari 20 hingga 21 Mei 2026 yang lepas telah disertai seramai 20 orang pegawai LPKP Sarawak daripada Ibu Pejabat serta Cawangan Sibu dan Miri.
Program tersebut dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Arkib Negara Malaysia Sarawak, Encik Afham Jauhari bin Aldi yang berpengalaman dalam pengurusan rekod dan arkib.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh pemahaman serta keupayaan pegawai dalam membangunkan klasifikasi fail yang sistematik dan efisien, selaras dengan keperluan pendigitalan pengurusan rekod sektor awam.
Melalui inisiatif ini, LPKP Sarawak terus komited dalam memperkasa tadbir urus organisasi ke arah sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berintegriti.











