13 April 2026 : Memperkasa Penulisan, Memantapkan Profesionalisme
Sekitar Sesi Perkongsian LPKP Sarawak Bil. 2 Tahun 2026:
Sesi perkongsian yang berlangsung pagi tadi telah disampaikan oleh Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui yang dilaksanakan secara hybrid, melibatkan penyertaan warganya di Ibu Pejabat serta Cawangan Sibu dan Miri.
Inisiatif ini memberi penekanan kepada aspek ketepatan, kejelasan serta pematuhan etika dalam penulisan minit mesyuarat sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih profesional, cekap dan berintegriti.
Memperkasa kompetensi warga, memperkukuh kualiti penyampaian.
LPKP Sarawak — Komited ke arah tadbir urus yang unggul dan perkhidmatan berimpak tinggi.













