7 April 2026 : Aidilfitri Dirai Dalam Kesederhanaan, Eratkan Silaturahim Warga LPKP Sarawak
KUCHING, 7 April – Warga Ibu Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, pagi tadi.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui bersama warga ibu pejabat dalam suasana harmoni yang mencerminkan semangat kebersamaan dan kekeluargaan dalam organisasi.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih atas inisiatif warga ibu pejabat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini walaupun diadakan secara sederhana dan berkonsepkan pot luck.
Beliau turut mengingatkan warga LPKP Sarawak agar sentiasa mengamalkan perbelanjaan secara berhemah, khususnya dalam menghadapi situasi ekonomi global semasa termasuk isu krisis minyak dunia.
Selaras dengan perkembangan semasa, pihak pengurusan juga akan meneliti pendekatan terbaik bagi pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) demi kesejahteraan warga kerja.
Majlis seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja, malah turut menyemarakkan nilai kebersamaan dan keharmonian dalam organisasi.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pematuhan, Encik Faizul Azri Suhaili; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Encik Saing Yong; serta warga Ibu Pejabat LPKP Sarawak.
#LPKPSarawak
#MOTMalaysia
#Aidilfitri1447


















