30 Mac 2026 : LPKP Sarawak Perkukuh Kerjasama Industri Pengangkutan
Published On: Mac 31, 2026Categories: Aktiviti, Makluman
KUCHING, 30 Mac – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik melalui sesi libat urus bersama Persatuan Lori dan Persatuan Agensi Penghantaran di Sarawak yang berlangsung di Bilik Mesyuarat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui ini memberi fokus kepada perbincangan isu berkaitan kenderaan berat, khususnya melibatkan Berat Dengan Muatan (BDM) melebihi 38 tan.
Sebelum itu, pihak persatuan turut menghadiri pertemuan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di pejabatnya di Batu 13 bagi menyelaras pandangan dan cadangan industri.
LPKP Sarawak komited untuk terus memperkasa kolaborasi bersama pihak industri demi memastikan sistem pengangkutan awam dan perkhidmatan kenderaan perdagangan di Sarawak sentiasa teratur, selamat serta mampan untuk kesejahteraan rakyat.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali; Pengerusi Persatuan Agensi-Agensi Penghantaran Sarawak, Encik William Liang Tak Chiang; Pengerusi Gabungan Persatuan Lori Sarawak, Encik Ling Kah Kiong; serta Penasihat Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak, Encik Phur Pui Ann.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!