3 Mac 2026 : LPKP Sarawak Adakan Sesi Perbincangan Bersama MASB Kuching
Published On: Mac 4, 2026Categories: Aktiviti, Makluman
KUCHING, 3 Mac 2026 – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian bersama Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak Malaysia Airports Sdn. Bhd. (MASB) Kuching bertempat di Bilik Mesyuarat MASB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sesi ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan geo-fencing kenderaan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Miri.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek penambahbaikan papan tanda serta cadangan lokasi yang lebih bersesuaian bagi kemudahan perkhidmatan teksi di ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan, khususnya sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurut Encik Michael, penyediaan perkhidmatan teksi dan e-hailing yang lebih sistematik serta menawarkan kadar tambang berpatutan akan membantu meningkatkan imej positif Sarawak dalam kalangan pelancong, sekali gus memperkukuh persepsi terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di wilayah ini.
Turut hadir ialah Pengurus Operasi KIA, Puan Dyg Ratna Kesmawati Abang Morni; Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali; Pegawai Turus Kepolisan Am, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, ASP Mohamad Radzi Hatta; Ketua Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Sarawak, Puan Fifi Suhesty; serta wakil operator e-hailing (EHO) di Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!