LPKP Sarawak sertai Sesi Libat Urus MOTS bersama pengusaha bas ekspres di Sarawak
Published On: Disember 19, 2025Categories: Aktiviti, MaklumanTags:
KUCHING, 18 Disember 2025 – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menyertai Sesi Libat Urus Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) bersama pengusaha bas ekspres di Sarawak bertempat di salah sebuah hotel di sini.
Sesi libat urus tersebut diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi hala tuju dasar bas ekspres di Sarawak serta membincangkan lesen-lesen bas ekspres sedia ada bagi setiap pengusaha bas ekspres.
Selain itu, sesi libat urus anjuran MOTS itu juga turut membincangkan perihal Dasar Lesen Bas Ekspres terkini yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak.
Seramai 15 orang wakil syarikat bas ekspres di Sarawak telah hadir menyertai sesi libat urus tersebut.
Hadir sama ke sesi libat urus tersebut ialah Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik, MOTS yang juga merupakan Anggota Silih Ganti LPKP Sarawak, Ts. Chong Chi Fam; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar serta pegawai-pegawai kanan MOTS dan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!