LPKP Sarawak anjur Mesyuarat Penambahbaikan Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB) bersama Syarikat Pengusaha Bas Berhenti-Henti di Sibu dan Miri
Published On: November 17, 2025Categories: Aktiviti, Articles, MaklumanTags:
KUCHING, 14 November 2025 – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Encik Michael Kong Feng Nian telah mempengerusikan Mesyuarat Penambahbaikan Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB) di Sarawak bertempat di Wisma Persekutuan Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, Sibu pada 13 November 2025 dan Wisma Persekutuan Fasa II Lopeng, Miri pada 14 November 2025.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada wakil syarikat bas mengenai kewajipan pemasangan Sistem Tiket Elektronik (ETM) dan Global Positioning System (GPS) di dalam Bas Berhenti-Henti seperti yang ditetapkan di dalam dasar baharu Lesen Kelas Bas Berhenti-henti yang telah berkuat kuasa mulai 1 November 2025.
Seramai 18 orang wakil syarikat bas dari Bahagian Sarikei, Sibu, Kapit dan Miri telah menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan secara bergilir di antara syarikat yang terlibat.
Hadir sama ke mesyuarat tersebut ialah Ketua Bahagian Perancangan Strategik LPKP Sarawak, Encik Abang Zulkarnain Abang Haji Ibrahim; Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline Charlie; Ketua LPKP Cawangan Sibu, Encik Wong Siong Siang; Ketua LPKP Cawangan Miri, Puan Elizebeth Mayang Thomas serta wakil Syarikat Makhoman Sdn. Bhd., Encik Truman Yiin.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!