Sesi Perjumpaan Pengarah LPKP Sarawak bersama warga LPKP Cawangan Sibu
SIBU, 4 Ogos – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mengadakan sesi perjumpaan bersama warga LPKP Cawangan Sibu, bertempat di pejabat LPKP Cawangan Sibu, Wisma Persekutuan, Jalan Awang Ramli Amit.
Sesi perjumpaan tersebut adalah bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Sibu pada hari tersebut.
Hadir sama dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Ketua LPKP Cawangan Sibu, Encik Wong Siong Siang dan Ketua Unit Pentadbiran, Puan Saidatul Natasha Wahid.







