Sekitar Program Outreach Limbang yang berlangsung hari ini 31 Julai 2025.
Program Outreach Limbang merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh LPKP Cawangan Miri telah diketuai oleh Ketua Cawangannya, Puan Elizebeth Mayang Thomas bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Limbang.
Program adalah bertujuan untuk membantu pelesen membuat semakan dan urusan pendaftaran biometrik sistem iSPKP di samping memberikan khidmat nasihat pelesenan kepada pelesen di sekitar Limbang.
Seramai 27 orang pelesen telah menghadiri program tersebut yang telah diadakan pada sebelah pagi.







