9 Mac 2026 : LPKP Sarawak Adakan Kunjungan Hormat kepada YB See Chee How
Published On: Mac 10, 2026Categories: Aktiviti, Makluman
KUCHING, 9 Mac – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB See Chee How yang berlangsung di Pusat Khidmat N.11 Batu Lintang, Jalan 3rd Mile, Kuching.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan dasar pelesenan Bas Sekolah serta proses permohonan lesen Bas Sekolah di bawah LPKP Sarawak. Perkongsian ini selaras dengan pelaksanaan projek perintis Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Pintar yang kini dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 6 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong bermula pada 12 Januari 2026.
YB See Chee How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang dan Pengerusi Program Bas Sekolah Percuma memaklumkan bahawa projek perintis tersebut mendapat sokongan daripada YAB Premier Sarawak.
LPKP Sarawak sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam memastikan sistem pengangkutan awam dan perkhidmatan kenderaan perdagangan di Sarawak sentiasa teratur, selamat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Turut hadir ialah Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pematuhan LPKP Sarawak, Encik Faizul Azri Suhaili.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!