Sesi Libat Urus Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di Bintulu
Published On: Mei 15, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
BINTULU, 14 Mei 2024 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Cawangan Miri telah mengadakan sesi Libat Urus (Roadshow) Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) bersama pelesen kenderaan perdagangan bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu pagi tadi.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberi sesi penerangan dan pendedahan kepada pelesen kenderaan perdagangan mengenai pelaksanaan Sistem iSPKP secara dalam talian yang telah digunakan oleh LPKP Sarawak bermula 17 November 2023.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelesen, ahli persatuan pelesen serta ejen syarikat kenderaan perdagangan sekitar Bintulu telah hadir ke sesi tersebut.
Taklimat telah disampaikan oleh pegawai projek iSPKP daripada pihak Century Software, Encik Shan dan Encik Wilthon Sawing Seta.
Peserta yang hadir turut mengambil peluang sesi Roadshow ini untuk sesi soal jawab berkaitan sistem iSPKP serta membuat pendaftaran profil syarikat masing-masing.
Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua LPKP Cawangan Miri, Puan Elizebeth Mayang Thomas serta pegawai LPKP Sarawak Ibu Pejabat Kuching.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!