5 Mac 2026 : Ziarah Ramadan 1447H
KUCHING, 5 Mac – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama rombongan Ibu Pejabat telah meluangkan masa pagi tadi menziarahi warganya Encik Mohd Shah Abdullah, yang kurang sihat di rumah beliau di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Encik Razami Mohammad Jamali; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar serta pegawai-pegawai Ibu Pejabat LPKP Sarawak.
Kami di LPKP Sarawak mendoakan semoga Encik Shah dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Aamiinn yaa rabbal alamiinn 










