30 April 2026 : MESYUARAT LTWG MOTS & LPKP SARAWAK PERKUKUH PENYELARASAN PENGANGKUTAN DARAT DI SARAWAK
KUCHING, 30 April – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Land Transport Working Group (LTWG) Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan LPKP Sarawak Bilangan 1 Tahun 2026 bagi membincangkan isu-isu strategik serta memperkukuh penyelarasan dasar pengangkutan darat di Sarawak.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui, dan turut disertai oleh Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik MOTS, Ts. Chong Chi Fam serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.
Antara fokus utama perbincangan termasuk usaha mempertingkatkan kecekapan sistem pengangkutan darat, penyelarasan dasar pelesenan serta penambahbaikan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa industri dan rakyat.
Melalui platform LTWG ini, kerjasama strategik antara MOTS dan LPKP Sarawak terus diperkukuh dalam memastikan pembangunan sektor pengangkutan darat yang lebih mampan, selamat dan berdaya saing di Sarawak.
LPKP Sarawak komited memperkasa sistem pengangkutan darat demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.







