29.10.26 : REFORMASI DIPERKUKUH, NILAI MADANI DIHAYATI, PERKHIDMATAN LPKP SARAWAK DIPERKASA
Published On: October 30, 2026Categories: Aktiviti, Galeri, Makluman
MIRI, 29 Oktober 2026 – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui, telah mengadakan Sesi Perjumpaan Bersama Warga LPKP Cawangan Miri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat LPKP Cawangan Miri, hari ini.
Sesi dimulakan dengan taklimat mengenai Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), diikuti dengan taklimat Malaysia MADANI yang disampaikan oleh Puan Cornelia Wong Chui.
Taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pemahaman warga kerja terhadap agenda reformasi perkhidmatan awam serta penerapan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab harian.
Program diteruskan dengan sesi diskusi yang memberi ruang kepada warga LPKP Cawangan Miri untuk berkongsi pandangan serta membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas harian.
Perbincangan tersebut turut menjadi platform bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh komunikasi antara pihak pengurusan dengan warga kerja.
Sesi perjumpaan ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan LPKP Sarawak dalam memupuk budaya kerja yang progresif, memperkukuh kerjasama serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti.
Turut hadir ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Normah Ja’afar, dan Ketua LPKP Cawangan Miri, Puan Elizebeth Mayang Thomas.
LPKP Sarawak terus komited. Bergerak seiring, melangkah ke hadapan.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.