25 Mei 2026 : Pengiktirafan Buat LPKP Sarawak, Integriti Terus Diperkasa
Published On: Mei 26, 2026Categories: Aktiviti, Berita, Makluman
PUTRAJAYA, 25 Mei — Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menerima Sijil Penghargaan sempena Majlis Apresiasi ERAT yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), sebagai pengiktirafan terhadap komitmen agensi itu dalam memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus yang baik.
Sijil penghargaan tersebut telah diterima oleh Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui, daripada Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya.
Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan LPKP Sarawak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan profesional selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.
Majlis berkenaan turut menghimpunkan pelbagai agensi penguatkuasaan sebagai platform memperkukuh kerjasama strategik serta memupuk budaya integriti dalam kalangan organisasi penguatkuasaan.
LPKP Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EAIC atas pengiktirafan ini dan akan terus komited dalam memperkasa nilai integriti demi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!