12 Februari 2026 : Semangat Kebersamaan Warnai Sambutan Pra Tahun Baharu Cina LPKP Sarawak
Published On: Februari 13, 2026Categories: Aktiviti, Makluman
KUCHING, 12 Februari – Warga Ibu Pejabat LPKP Sarawak telah mengadakan Sambutan Pra Tahun Baharu Cina 2026 bertempat di premis LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi LPKP Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian serta Pengarahnya, Puan Cornelia Wong Chui.
Penganjuran majlis tersebut telah diawalkan mengambil kira sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini yang bersambung dengan tarikh permulaan bulan Ramadan, selaras dengan semangat saling menghormati dan keharmonian dalam kalangan warga kerja.
Turut diadakan ialah pengagihan ‘angpau’ kepada warga yang bertuah serta sambutan hari lahir pegawai bagi bulan Januari dan Februari 2026, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan muhibah dalam kalangan warga kerja.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Encik Saing Yong; dan pegawai daripada JPJ Sarawak, Encik Rajauddin Aslam Muniandy.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!