Penutupan Bengkel Khidmat Nasihat dan Latihan Praktikal Proses-Proses Dalam Pasca Operasi Program SBST KUCHING, 13 Mac 2025
Published On: Mac 15, 2025Categories: Aktiviti, Articles, Makluman

Penutupan Bengkel Khidmat Nasihat dan Latihan Praktikal Proses-Proses Dalam Pasca Operasi Program SBST

 

KUCHING, 13 Mac – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menyempurnakan penutupan Bengkel Khidmat Nasihat dan Latihan Praktikal Proses-Proses Dalam Pasca Operasi Program SBST bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Bengkel yang bermula 11 Mac adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai LPKP Sarawak serta sebagai persediaan untuk menguruskan pengoperasian Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di Kuching.
Dua orang pegawai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) iaitu Encik Nazrul Zarifi Mohd Nazri dan Encik Ridzuan Ruzulan telah berkongsi pengalaman dan khidmat nasihat dalam menguruskan program SBST di Semenanjung Malaysia.
Seramai 10 orang pegawai daripada Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Pematuhan dan Unit Kewangan telah menyertai bengkel ini termasuk Ketua Bahagian Pematuhan LPKP Sarawak, Encik Faizul Azri Suhaili dan Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline Charlie.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!