Permohonan Baru bagi Kategori Lesen Teksi dan Kereta Sewa
A. Senarai Semak Permohonan
-
Lesen Teksi dan Kereta Sewa
*Senarai semak boleh didapati dalam borang permohonan pada bahagian akhir setiap borang (baru) yang dimuat turun.
B. Muat Turun Borang:
-
Borang Permohonan untuk Teksi dan Kereta Sewa
-
Pengesahan Semakan Saman
-
Akuan Bersumpah
-
Pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
TEKSI
‘kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang pada mana-mana perjalanan sebagai balasan kepada satu tambang’
TEKSI EKSEKUTIF
‘kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) yang digunakan semata-mata untuk membawa orang pada mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap dalam suatu kawasan yang dibenarkan’
TEKSI MEWAH
‘kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran’