Penerima Bantuan Intensif Pemerkasa Plus 2021 (Pemandu Bas Sekolah)
PENERIMA BANTUAN INTENSIF PEMERKASA PLUS 2021
PEMANDU BAS SEKOLAH
KRITERIA KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Lesen Memandu Kelas D atau E atau kedua-duanya sekali yang masih dalam tempoh sahlaku.
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Memiliki permit (pemilikan individu) atau bekerja dengan Syarikat Bas Sekolah yang memiliki permit yang masih dalam tempoh sahlaku dengan LPKP Sarawak pada 13 Januari 2021.
- Pemandu bas sekolah yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri (GLC) tidak layak menerima bantuan intensif ini.
- Hanya dua (2) pemandu dibenarkan ke atas setiap kenderaan bas sekolah iaitu pemandu dan pemandu ganti sahaja.
- Bantuan intensif diberi secara one-off kepada setiap pemandu dan pemandu ganti sahaj dan bukan mengikut jumlah permit mahupun kenderaan yang dimilki.
- Bagi pemandu yang bekerja dengan Syarikat Bas Sekolah, pihak syarikat diwajibkan mengemukakan Surat Pengesahan Pemandu menggunakan Letterhead dan diemelkan dalam bentuk PDF / JPG ke emel pelesenanlpkpsrwk@gmail.com.
- Tidak menerima mana-mana bantuan intensif yang lain di bawah Bantuan Intensif PEMERKASA PLUS 2021.