Bantuan Intensif Prihatin 2020
LPKP Sarawak telah menyalurkan BANTUAN INTENSIF PRIHATIN 2020 sebanyak RM600 kepada Pemandu Kereta Sewa yang layak di Sarawak (31 Mac 2021) dan BANTUAN INTENSIF PERMAI 2021 sebanyak RM500 kepada Pemandu Teksi (30 April 2021), Pemandu Kereta Sewa (21 April 2021) dan Pemandu E-Hailing (21 April 2021) yang layak di Sarawak. Namun begitu, beberapa proses pembayaran bantuan tidak dapat dilakukan oleh pihak bank disebabkan :-
- Kesilapan nombor kad pengenalan penerima;
- Kesilapan nombor akaun bank penerima; dan
- Nombor akaun bank yang diberikan tidak aktif/telah tutup.
LPKP Sarawak telah berusaha untuk menghubungi para pemandu yang layak tersebut tetapi mereka gagal dihubungi. Sehubungan dengan itu, mereka yang berkaitan untuk menghubungi pihak LPKP Sarawak di talian no. 019-2288052 atau 018-9803475 selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021 (Jumaat) berkenaan urusan tersebut. Sebarang urusan / rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.