Permohonan Lesen Baru Permohonan Lesen Baru

Panduan Permohonan Lesen Baru


1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan pantas pada laman utama web ini atau melalui langkah-langkah seperti berikut : SUMBER > MUAT TURUN > BORANG.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Lesen Baru Kenderaan Perkhidmatan Awam / Barangan seperti berikut:
 
Nama Borang Keterangan
LPKP 1 (2005) Borang Permohonan Lesen Baru Kenderaan Perkhidmatan Awam Teksi / Kereta Sewa / Kereta Sewa dan Pandu / Teksi Mewah / Teksi Lapangan Terbang.

LPKP 2 (2005) Borang Permohonan Lesen Baru Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’.

LPKP 3 (2005) Borang Permohonan Lesen Baru Kenderaan Perkhidmatan Awam Bas Berhenti-henti / Bas Ekspres / Bas Mini / Bas Sekolah / Bas Pekerja / Bas Pengantara / Bas Catar.


3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam borang tersebut dan ditandatangani oleh sama ada pemohon individu / Pengarah / Rakan Kongsi serta dilengkapi dengan cop syarikat.

4. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pelesenan Wilayah yang berkenaan (rujuk SUMBER → PEJABAT PROSES PERMOHONAN). Mana-mana permohonan yang tidak lengkap, akan ditolak di peringkat kaunter penerimaan dan tidak akan didaftarkan

5. Menyertakan yuran proses sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen yang dipohon dalam bentuk Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Setiausaha LPKP.

6. Perlu menjelaskan semua saman tertunggak dengan LPKP / JPJ / PDRM / PBT sebelum mengemukakan permohonan (Jika ada).

7. Sekiranya sesuatu permohonan itu diluluskan, suatu Surat Tawaran Kelulusan (STK) akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya. Tempoh sah laku STK ini adalah selama 1 tahun dan pelesen perlu melesenkan kenderaan mereka dalam tempoh tersebut. Kegagalan melesenkan kenderaan dalam tempoh yang dinyatakan, akan membolehkan LPKP membatalkan STK yang berkenaan.

8. Piagam Pelanggan: Pengeluaran keputusan permohonan baru (keputusan LULUS / TOLAK / TANGGUH) dalam tempoh berikut (dikira dari tarikh permohonan lengkap diterima) :
 
LPKP Tempoh
LPKP Semenanjung 30 hari bekerja
LPKP Sabah 45 hari bekerja
LPKP Sarawak 30 hari bekerja

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BARU LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN

DOKUMEN WAJIB

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (milik tunggal dan perkongsian)

2. Cetakan maklumat lengkap syarikat yang terkini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / borang 49 dan borang 24 / Sijil Pendaftaran Perniagaan / Sijil Pendaftaran Koperasi.

3. Salinan Memorandum and Articles of Association (MAA) bagi Syarikat Sdn. Bhd. dan Syarikat Berhad.

4. Bukti modal (Penyata akaun bank 3 bulan terkini / sijil simpanan tetap / surat akuan kemudahan pinjaman bank / nilai tanah dan premis / rumah (dinilai oleh Jurunilai Bertauliah).

5. Bukti bayaran cukai pendapatan dan/ zakat yang terkini.

6. Penyata Kewangan Teraudit yang terkini.

7. Sokongan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi :

a. Pengesahan tempat letak kenderaan

b. Keperluan perkhidmatan di laluan atau kawasan yang dipohon.

DOKUMEN TAMBAHAN
 
Kelas lesen dipohon Dokumen tambahan yang perlu disertakan
Lesen Pembawa A 1. Perjanjian kontrak yang bersetem.
2. Surat Kebenaran PDA (untuk pengangkutan bahan-bahan Petroleum).
3. Lesen CIT (untuk perkhidmatan kawalan keselamatan).
4. Lesen GDL pemohon / pemandu (milik tunggal / perkongsian)
Lesen Pembawa C 1. Invois-invois belian/jualan.
2. Lesen GDL pemohon / pemandu (milik tunggal / perkongsian)
Lesen Bas Sekolah 1. Senarai murid yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
2. Peta Laluan.
3. Surat perjanjian dan senarai pelajar daripada pihak Institut Pengajian Tinggi (jika berkaitan).
Lesen Bas Pekerja 1. Senarai nama yang disahkan oleh pengurusan syarikat (pekerja sendiri).
2. Perjanjian kontrak bersetem dan senarai nama pekerja yang menggunakan perkhidmatan.
3. Peta Laluan.
4. Salinan Lesen PSV pemohon / pemandu. (milik tunggal / perkongsian)
Bas Ekspres / Bas Berhenti-henti / Bas Mini / Bas Pengantara / Bas Catar 1. Kajian Pasaran antaranya merangkumi justifikasi keperluan, peta laluan dipohon beserta maklumat lesen pengusaha lain (Nama syarikat, Jumlah lesen/Bilangan lesen) yg beroperasi di laluan yang sama. Bagi Bas Catar hanya memerlukan Perjanjian kontrak yang bersetem dan justifikasi keperluan sahaja.
2. Jadual tambang (Kecuali Bas Catar).
3. Sokongan pengurusan terminal untuk kaunter jualan tiket dan kebenaran menggunakan bus bay (Bas Ekspres).
Teksi Mewah 1. Bukti kontrak bersetem dengan pihak Hotel (Teksi Mewah).
2. Bagi kelas perkhidmatan Super Luxury, kertas kerja ringkas mengenai modus operandi perkhidmatan dan justifikasi keperluan.
Teksi / Kereta Sewa (Permohonan Individu) 1. Salinan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).
2. Kad persaraan Polis / Tentera / Awam.
3. Surat Perakuan Syarikat (pemohon bersih dari sebarang rekod salah laku).
4. Kad Pendaftaran Pemandu Kedua Teksi / Kereta Sewa.

Rujukan tambahan :